Biarpun aku anak tanah-air

yang bercampur kaum migrasi dari gagasan rempah

diadukkan dengan kaum nun di-sana yang sepek

tapi aku masih anak bumiku.

Walaupun tapak jejak-ku resah

cuba menyentap upih-upih pertanyaan

disebalik kecaman yang dilempar.

Takziah ku-ucapkan

kepada bangsa tanah air

yang kian kehilangan arah

bagaikan rajawali yang dipatuk matanya.

Sambil meniti pentas dunia

yang asyik menjadi idaman

disebalik penjuru buah fikiran khalifah-ku.

Aku masih suram

dan masih terfikirkan

dimanakah arah semak kerimba ceria

Dunia seakan berganti

tapi aku masih disini

Biarlah

Janji aku masih anak bumi

yang mungkin bermacam warna

tapi aku tetap

dengan hitam-putihku